Monday, December 27, 2010

Nampaknya aku ni sinonim betul dengan semporna...(motif????) Masa Krismas hari tu, aku, Wiwin, Kak Erna dan Ria gi semporna sempena kawin kawan Kak Erna... Ni gambar-gambar yang sempat di ambil....

 
 







Wednesday, December 8, 2010

PJJ

I'm gonna miss you...

Saturday, November 27, 2010

Masa

Kenapa sesetengah orang tak hormat masa orang lain. Orang lain pun ada kehidupan jugak. Ada urusan lain yang perlu dilakukan. Tolonglah hormat....


*Kat opis sekarang (walaupun masa kerja da abis....)

Monday, November 8, 2010

Gambar-gambar sekitar Majlis Nikah Zuriani & Mohd Akbar Sayuty (05/11/2010)











Saturday, October 30, 2010

Hutang

Ada tak cara yang paling berkesan, paling lembut dan paling cepat nak mintak duit yang orang hutang kat kita? Orang kita ni selalunya masa nak pinjam, laju je kita bagi. Tapi bila masa nak bayar, buat-buat lupa. Kalau aku, orang pinjam sepuluh dua aku boleh halalkan lagi. Tapi kalau dah cecah 'rat', nak jugak la duit tu balik...Kan???

Monday, September 20, 2010

Tahun ni, Rastamas buat open house lagi. Tapi kali ni, tetamu dari kawasan Tawau jak... ada jugak la dari KK terutama kawan-kawan rapat Datuk. Masa plak sampai jam 1 petang tapi macam biasa la orang melayu ni. Janji jam 1, habisnya jam 3 jugak... Penat memang jangan cakap la... lagi-lagi kena served meja VIP. Kaki pun rasa macam tak larat nk tampung berat badan sendiri. Oleh kerana aku sibuk menghidang makanan, makanya gambar-gambar pun pinjam kamera orang lain...aku mengcopy-paste jak...

(Pagi - hujan walaupun tak berapa nak lebat)

(Sebelum turun bawah, ambik gambar dulu)




(Tengah rehatkan kaki jap...)


(Tetamu da kurang)


OK, setakat itu sahaja. Nanti ada gambar baru, aku hapdate lagi

Hapdate ~ more pics....


 

Monday, September 13, 2010

Salam Aidilfitri semua. Saja nk share gambar2 yang diambil masa raya walaupun hakikatnya aku tiada mood nak raya. Sebabnya? Baju raya aku tak siap...huhuhu... Buat aku sakit hati jak beraya dengan baju-baju kerja...langsung takda feel nak beraya. Feel nak pegi kerja adalah.....huhuhu... Apa pun, aku tetap menunaikan solat sunat aidilfitri di tempat biasa (Masjid al-Kauthar)...

(Si kecil yang baru pertama kali join solat raya)


 


Tu je la yang sempat di ambil. Selebihnya, malas nk bergambar da...

Hari Raya Ke-4

Hari ni start kerja da...hurm...malasnya nak bangun...sebab...aku da ada baju raya...hihihi...baru petang semalam gi beli...nasib baik la kedai tu da bukak....tapi hari ni tak pakai la...sebab semalam da pakai gi beraya... 

On the way gi kerja, banjir la pulak kat depan Taman Megah Jaya. 2 hati sudah...mau redah atau pusing jalan jauh. Jalan jauh confirm lambat masuk ofis...redah jak la...



Ok la..SELAMAT HARI RAYA SEMUA...MAAF ZAHIR BATIN....





Monday, September 6, 2010

Di dalam kesibukan hari Isnin dan ke"moody"an bos, barang yang aku tunggu2 dari minggu lalu akhirnya selamat aku terima... Begitu payah untuk aku membid barang tersebut. Dengan harga Rm30, kos pos RM15, aku berjaya mendapatkan dompet yang aku kira agak lawa la jugak...

Friday, September 3, 2010

Walaupun gaji belum masuk, kami nekad untuk berbuka di Promenade Hotel. Da rancang awal2, xkan la mau cancel pulak...kempunan nanti...gambar2 di bawah, Wiwin yang amik...credit to him..

(@ lobi)

(hidangan pertama)

(antara yang hadir ~ bengang gaji belum masuk...hihihi)
 


(salute gilak bila c cal ni makan)


(pemandangan dari atas)

Tuesday, August 24, 2010

Why?

Napa semuanya macam tak kena... apa yang aku buat, semua salah. Semua kerja jadi tak betul... napa ni????

Monday, August 16, 2010

Semalam, untuk buka puasa memang banyak sangat makanan. Mak goreng kueh teow, kat bazar aku beli nasi kuning. bapak aku pulak kirim beli roti canai. adik aku pulak sempena dapat gaji pertama belanja kami makan kek coklat...

(Kek Coklat Indulgence)


(Kek Coklat Indulgence - beli di Secret Recipe)

*Habis tangkap gambar ni, boleh pulak fon aku jatuh kat atas kek tu...huhuhu...

;;