Aku tau lah aku ni pekerja cikai je kat company ni tapi aku ni customer ko jugak. Mana boleh ko layan aku macam aku ni terhegeh sangat kat ko. Kalau tak kerana company ko yang berurusan dengan company aku dari dulu, takde nya aku nak kol ko. Sakit betul hati aku...
Aku diarahkan untuk membeli tiket untuk bos aku. So, aku pun call la travel agent yang memang diorng selalu dan hanya satu-satunya tempat berurusan. Mungkin travel agent ko ni famous sangat sampai ramai sangat customer yang ko nak layan sampai aku yang merupakan customer ko jugak ko tak layan. Adakah patut bila aku kol 2 3 kali nak tanya progress tiket bos aku tu macam mana, boleh dia kata "belum boleh confirm lagi la moi...kau jangan kol saya, nanti saya kol kau". Haram ko nak kol aku balik. Ok, tu satu. Yang satu lagi buat hati aku panas, biadap tak kalau orang letak fon bila ko tak habis cakap lagi? Hello, aku ni customer ok. Tentulah aku kena tanya betul-betul sampai aku puas hati. Ini tak. Aku yang kena kelam-kabut habiskan ayat aku. Dah tu, dia terus letak...Hampeh betul...Tau la ko ni Chinese, aku ni Malay... No need la ko nak bias. Ha, tambah satu lagi. As a travel agent yang dibayar kos tambahan, patutnya service yang diberikan memuaskan lah...Ini tak, boleh dia minta aku beli tiket online sendiri sebab katanya diorang tak dapat masuka. Hello....ko tu travel agent. Kalau aku nak beli sendiri, tak payah aku nak kol ko. Bukannya aku tak reti nak beli online.
Travel agent company aku dulu lagi bagus even diorang bukan Malay dan bos aku banyak songeh. Siap boleh gelak-gelak lagi lagi fon kutuk-kutuk bos....