Tuesday, April 3, 2012

Semalam, kali pertama dalam hidup aku, aku masak KARI AYAM. Hahaha...nasib baik jadi walaupun susu cair terlebih letak. Selama ni tak pernah pun nak belajar masak dengan mak. Bila da nak jadi mak, terpaksa la godek-godek internet cari resipi yang seringkas mungkin. Zaman anak dara dulu rajin jugak mencuba resipi segala macam kek dan biskut. Tapi sekarang ni memandangkan oven pun tak de lagi, kena la cari resipi yang mengenyangkan dan menggunkan periuk kuali. Suami aku tak leh makan santan, maka kena la ganti dengan susu cair.Gambar tak sempat nak snap sebab :

1) penat masak
2) da lapar sangat. balik kerja je terus g dapur. langsung takde duduk rehat.
3) suami aku pun kelaparan jugak...hehehehe

Suami aku kata sedap. Tapi bagi aku kena perbaiki lagi. Hari tu pun da cuba masak ayam masak kicap. Pun dia kata sedap. Lepas ni nak cuba masak ayam masak merah pulak. Tapi....cili kering tak blend lagi. Takde masa. Nak guna yang segera punya aku tak yakin mana satu yang bagus. Ni pun puding jagung yang cadang nak buat Ahad lepas pun tak sempat nak buat. Tengok la kalau rajin malam ni....

Friday, February 17, 2012

myMetro Bayi mati susu masuk paru-paru

KANGAR: “Sebak hati saya apabila anak dilahirkan meninggal dunia, malah lebih memilukan arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” kata Nur Laila Mat Akhir, 27, selepas bayi perempuannya berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat tersedak susu di rumah keluarganya di Simpang Empat, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Siti Nur Balkis Ahmad Zahid, anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sejurus disedari ‘lembik’ oleh ibunya.

Nur Laila berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, anaknya tidur sebelum bangun dalam keadaan menangis kerana lapar.

Katanya, dia menyusukan bayinya menggunakan botol hingga tidur semula.

“Dia (Nur Balqis) tidak menghabiskan susu dibancuh seperti selalu, sebaliknya hanya separuh yang diminum.

“Selepas itu, arwah tertidur beberapa jam sebelum merengek jam 6.30 petang sebelum saya menjenguknya.

“Namun, ketika cuba mencuci najisnya, badannya seolah-olah tidak bermaya dan lembik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang terkejut memaklumkan kejadian itu kepada suami, Ahmad Zahid Zamri, 32, sebelum menghantar bayinya ke HTF di sini.

“Tanpa berlengah, saya membawa Nur Balkis ke hospital, namun selepas beberapa ketika dirawat, doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.

“HTF ada maklumkan kepada saya mengenai penemuan susu dalam paru-paru Nur Balkis ketika melakukan pemeriksaan. Justeru, saya percaya mungkin bayi saya tersedak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kami menerima maklumat kejadian itu termasuk laporan keluarga mangsa berhubung kematian bayi berkenaan.
“Ketika ini, kami percaya kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian tersedak susu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

**************************************************

Kadang-kadang ini yang buat aku takut. Kalau tak kerana kecuaian orang lain, kerana kecuaian sendiri. Macam mana mak baby ni boleh tak perasan anak dia tersedak susu? Takkan la bila baby da tido dia biar je anak dia macam tu? Takkan langsung tak jenguk-jenguk keadaan baby. Bukan ke sepatutnya lepas bagi susu kita kena sendawakan baby? Aku harap baby kami nanti selamat dan sihat. Amin...

Thursday, February 16, 2012

Aku tau lah aku ni pekerja cikai je kat company ni tapi aku ni customer ko jugak. Mana boleh ko layan aku macam aku ni terhegeh sangat kat ko. Kalau tak kerana company ko yang berurusan dengan company aku dari dulu, takde nya aku nak kol ko. Sakit betul hati aku...

Aku diarahkan untuk membeli tiket untuk bos aku. So, aku pun call la travel agent yang memang diorng selalu dan hanya satu-satunya tempat berurusan. Mungkin travel agent ko ni famous sangat sampai ramai sangat customer yang ko nak layan sampai aku yang merupakan customer ko jugak ko tak layan. Adakah patut bila aku kol 2 3 kali nak tanya progress tiket bos aku tu macam mana, boleh dia kata "belum boleh confirm lagi la moi...kau jangan kol saya, nanti saya kol kau". Haram ko nak kol aku balik. Ok, tu satu. Yang satu lagi buat hati aku panas, biadap tak kalau orang letak fon bila ko tak habis cakap lagi? Hello, aku ni customer ok. Tentulah aku kena tanya betul-betul sampai aku puas hati. Ini tak. Aku yang kena kelam-kabut habiskan ayat aku. Dah tu, dia terus letak...Hampeh betul...Tau la ko ni Chinese, aku ni Malay... No need la ko nak bias. Ha, tambah satu lagi. As a travel agent yang dibayar kos tambahan, patutnya service yang diberikan memuaskan lah...Ini tak, boleh dia minta aku beli tiket online sendiri sebab katanya diorang tak dapat masuka. Hello....ko tu travel agent. Kalau aku nak beli sendiri, tak payah aku nak kol ko. Bukannya aku tak reti nak beli online.

Travel agent company aku dulu lagi bagus even diorang bukan Malay dan bos aku banyak songeh. Siap boleh gelak-gelak lagi lagi fon kutuk-kutuk bos....

Tuesday, February 14, 2012

Semuanya baru. Dari status single, bertukar ke status married. Dari status married, bertukar ke status mom-to-be. Dari slim and kurus and maintain, bertukar ke tembam and comel and boyot. Dari duduk dengan family, bertukar duduk sendiri bersama husband. Dari bekerja di Tawau, bertukar jadi orang KK. Dari PA bertukar ke kerja-tak-tau-skop-kerja....Hahahaha.... Banyaknya perubahan yang berlaku dalam hidup aku. Sekarang ni aku tengah mengandung 5 bulan. Tengah bulan 6 ni Insya-Allah baby girl kami akan keluar. Harap semuanya selamat. Harap ibu dan anak selamat. Amin....

Rutin harian aku bermula seawal 5 pagi. Tu pun kadang-kadang sambung tido jap sampai kul 5.30. Husband kena gerak ke Tambunan kul 6.30. Nak buat sarapan memang tak sempat la. Cian abang... Aku pulak kena gerak kul 7 pagi. On the way ke ofis, singgah tapau sarapan pagi + makan tengah hari + kuih. Time mengandung ni memang aku kuat makan. Sebab tu pipi pun da makin kembang. Selalunya tengah hari aku tak keluar sebab jalan jam yang teramat sangat dan panas. Kadang-kadang keluar jugak kalau ada member ofis ajak dengan syarat bukan aku driving...hahaha... Ofis aku ni ada loceng menandakan waktu masuk kerja (kul 8), waktu lunch (kul 12), waktu habis lunch (kul 1) dan waktu balik (kul 5.15). Sampai rumah lepas balik kerja dalam kul 6 lebih. Kalau ada singgah beli barang, dalam 6.30 sampai la. Lepas tu terus siap-siap untuk masak makan malam. Masak yang simple-simple je... Satu sebab da lapar sangat-sangat, dua sebab aku ni tak berapa terrer masak...Hehehe..Husband sampai rumah dalam kul 7 terus makan. Lepas makan selalunya akan tersadai je depan tv...PENAT.

Hujung minggu selalunya jalan-jalan dengan husband. Hujung minggu aka hari Ahad. Sabtu aku kerja sampai kul 1. Hari Ahad je aku selalu buat sarapan+lunch. Husband aku yang nak diet pun tak jadi nak diet sebab makan banyak...hahaha... Macam tu la rutin harian aku..Kadang-kadang boring jugak tapi nak buat macam mana kan... Ni lepas ada baby nanti tak tau la rutin aku macam mana pulak...

Tuesday, November 8, 2011

Biarkan Gambar Berbicara

;;