Wednesday, October 10, 2012

(1)

(2)

(3)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sengaja bagi dia exercise. Belajar meniarap. Harap-harap tak lama lagi pandai la dia meniarap sendiri.


Thursday, September 6, 2012

2 bulan

Cepatnya masa berlalu. Aisyah Safiyyah da berumur 2 bulan lebih. Sejak balik Tawau hari tu, dia da pandai senyum bila di ajak bercerita. Semoga anak mummy menjadi seorang yang solehah dan happy-go-lucky. Cepat lah besar anakku.

Monday, August 27, 2012








Tuesday, April 3, 2012

Semalam, kali pertama dalam hidup aku, aku masak KARI AYAM. Hahaha...nasib baik jadi walaupun susu cair terlebih letak. Selama ni tak pernah pun nak belajar masak dengan mak. Bila da nak jadi mak, terpaksa la godek-godek internet cari resipi yang seringkas mungkin. Zaman anak dara dulu rajin jugak mencuba resipi segala macam kek dan biskut. Tapi sekarang ni memandangkan oven pun tak de lagi, kena la cari resipi yang mengenyangkan dan menggunkan periuk kuali. Suami aku tak leh makan santan, maka kena la ganti dengan susu cair.Gambar tak sempat nak snap sebab :

1) penat masak
2) da lapar sangat. balik kerja je terus g dapur. langsung takde duduk rehat.
3) suami aku pun kelaparan jugak...hehehehe

Suami aku kata sedap. Tapi bagi aku kena perbaiki lagi. Hari tu pun da cuba masak ayam masak kicap. Pun dia kata sedap. Lepas ni nak cuba masak ayam masak merah pulak. Tapi....cili kering tak blend lagi. Takde masa. Nak guna yang segera punya aku tak yakin mana satu yang bagus. Ni pun puding jagung yang cadang nak buat Ahad lepas pun tak sempat nak buat. Tengok la kalau rajin malam ni....

Friday, February 17, 2012

myMetro Bayi mati susu masuk paru-paru

KANGAR: “Sebak hati saya apabila anak dilahirkan meninggal dunia, malah lebih memilukan arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” kata Nur Laila Mat Akhir, 27, selepas bayi perempuannya berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat tersedak susu di rumah keluarganya di Simpang Empat, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Siti Nur Balkis Ahmad Zahid, anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sejurus disedari ‘lembik’ oleh ibunya.

Nur Laila berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, anaknya tidur sebelum bangun dalam keadaan menangis kerana lapar.

Katanya, dia menyusukan bayinya menggunakan botol hingga tidur semula.

“Dia (Nur Balqis) tidak menghabiskan susu dibancuh seperti selalu, sebaliknya hanya separuh yang diminum.

“Selepas itu, arwah tertidur beberapa jam sebelum merengek jam 6.30 petang sebelum saya menjenguknya.

“Namun, ketika cuba mencuci najisnya, badannya seolah-olah tidak bermaya dan lembik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang terkejut memaklumkan kejadian itu kepada suami, Ahmad Zahid Zamri, 32, sebelum menghantar bayinya ke HTF di sini.

“Tanpa berlengah, saya membawa Nur Balkis ke hospital, namun selepas beberapa ketika dirawat, doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.

“HTF ada maklumkan kepada saya mengenai penemuan susu dalam paru-paru Nur Balkis ketika melakukan pemeriksaan. Justeru, saya percaya mungkin bayi saya tersedak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kami menerima maklumat kejadian itu termasuk laporan keluarga mangsa berhubung kematian bayi berkenaan.
“Ketika ini, kami percaya kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian tersedak susu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

**************************************************

Kadang-kadang ini yang buat aku takut. Kalau tak kerana kecuaian orang lain, kerana kecuaian sendiri. Macam mana mak baby ni boleh tak perasan anak dia tersedak susu? Takkan la bila baby da tido dia biar je anak dia macam tu? Takkan langsung tak jenguk-jenguk keadaan baby. Bukan ke sepatutnya lepas bagi susu kita kena sendawakan baby? Aku harap baby kami nanti selamat dan sihat. Amin...

;;